Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."
Wahai anak Adam ! Jika kamu memohon kepada-Ku dan berharap jalan rahmat-Ku nescaya Aku ampuni dosa-dosa mu yang ada dan Aku tidak memperhatikan (apakah dosa itu dosa besar atau dosa kecil). Wahai anak Adam ! Sekalipun dosamu mencapai seisi langit, kemudian kamu meminta ampun kepada-Ku, nescaya Ku-ampuni dosa itu bagimu dan aku tidak perduli (besar dan kecilnya dosa). Wahai anak Adam ! Sekiranya kamu datang menghadap-Ku dengan membawa dosa seisi bumi, kemudian kamu bertemu dengan-Ku dan tidak menyekutukan-Ku dengan suatupun, nescaya Aku datang kepadamu dengan membawa ampunan sebanyak seisi bumi.". (Hadith Qudsi)
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.... pesan pada hati, sekiranya kau peroleh kejayaan, janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik.... Pesan juga pada hati, sekiranya kau menghadapi kegagalan, usah bersedih hati kerana kegagalan ini merupakan satu bentuk ujian Allah untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya dan kemudian bangkit darinya..
Luqman Al-Hakim Abd Rahman: Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah) Surah al fil: "A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil "A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil "Tarmihim bi hijaratin min sijil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul" Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...INSYA'ALLAH
No comments:
Post a Comment