Friday, July 1, 2011

handset anda ori @ x?

U all pasti nak tau handphone u all original factory atau made in china?
So, sila perhatikan kod-kod di bawah and hopefully u all lebih berhati-hati
membeli handphone especially the ladies sbb yg ladies ni selalu menjadi
mangsa kena tipu!

Sila follow steps di bawah:

1. Tekan *#06# dan tekan dial - nombor siri atau IMEI akan terpapar di skrin
telefon bimbit u all

2. Sila lihat pada nombor siri atau IMEI handphone u all, fokus pada nombor
digit 7 dan 8.

3. Contoh

958061016411753

Sila lihat handphone u all sekarang pada no digit 7 dan 8

01 - bukan made in china
02 - made in china
03 - bukan made in china

Kes yang pernah berlaku:

a) 01 tu bukan made in china and bukan dari kilang asal company phone
tersebut, kira kualiti dia up la dari made in china.


b) Kadang2 jangan percaya sgt dgn cop2 ni..made in nokia mne2 factory
boleh tiru dan phone china ni selalunya ringan

c) Tak kira la brand apa pun, kalau diSUB kan ke kilang china, tetap
ori gak.. tapi kalau macam nokia, banyak negara yang buat padahal
negara asalnya Finland..lagipun, phone china dan ori punya ada beza..
Bentuknya sama tapi fungsi lain.. 80% nokia pakai system symbian and
yang china smuanya java..

d) Kebanyakan handset original (SE, Nokia, HTC dan sebagainya) sekarang
memang dibuat di China.

4. Tak susah nak bezakan handset tiruan dengan handset china ni..

Beza antara handset ori dengan handset tiruan (china):

1. harga - harga Iphone ori dalam RM2k++ tapi Itouch (Iphone cap ayam)
baru RM3xx++
2. kualiti - pegang pun leh beza antara kualiti ori dengan tiruan
3. os - selalu nokia pakai symbian, tapi kalau nok'L'a (nokia cap ayam)
pakai java
4. screen - handset ori screen & gambar cantik, tapi tiruan memang xleh blah..

Last but not least (important):

After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:

43 4 5 6 6 1 0 6 7 8 9 4 3 5

- IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was Assembly on Emirates which is very Bad quality Sad

- IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it?s manufactured in Germany which is not bad

- IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it?s manufactured in Finland which is Good

- IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality ...

- IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was Assembly on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!

Tuesday, January 25, 2011

Di antara amalan sebelum tidur...

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Harus diingati dan ditetapi, janganlah kita beramal kerana mengejar fadhilat. Beramallah IKHLAS kerana ALLAH untuk mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH, kerana itulah yang paling penting bagi kita sebagai hamba di sisiNYA.

Di bawah adalah adab/ amalan sebelum tidur:

a. Wudhuk

b. BasmALLAH 21x ( 3x, dilakukan 1x satu nafas). Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan kalimah ‘HU’..


c. Tadahkan tangan seperti berdoa, lunjurkan kaki kemudian bacalah surah-surah dibawah.

d. Al-Fatihah 1x

e. Ayat Kursi 1x

f. Al –Ikhlas 1x

g. Al- Falaq 1x

h. An-Nas 1x

i. Selepas selesai baca, hembuskan ke tangan sehingga habis nafas kemudian gosok ke seluruh anggota tubuh tanpa mengangkat tangan (kecuali kemaluan dan tapak kaki).

j. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W 10x

k. Mengucap 2 kalimah syahadah

l. Rebahkan diri ke tilam empuk anda, ucapkan 2 Kalimah syahadah sekali lagi bersama dengan pengertiannya di dalam bahasa yang kita fahami.

InsyaALLAH, semoga tidur anda di dalam perlindungan ALLAH.

Monday, January 10, 2011

Kelebihan Surah Al-Waqi'ah...

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Friday, January 7, 2011

Terlalu luas bukti kebesaran Allah..


SURAH ini termasuk surah Makiyyah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 15 ayat. Turunnya selepas Surah al-Qadr. Hubungan ini dengan Surah al-Balad yang sebelumnya adalah:

i. Allah SWT mengakhiri Surah al-Balad dengan menerangkan golongan kaum kanan dan golongan kaum kiri (Ashabul Maymanah dan Ashabil Mash'amah), kedua-dua golongan itu diulang semula dalam ayat kesembilan dan ke-10.

ii. Allah SWT juga mengakhiri Surah al-Balad dengan menerangkan tingkah laku orang kafir di akhirat. Sedangkan dalam surah ini Dia mengakhiri dengan menerangkan tentang tingkah laku mereka di dunia.

Firman Allah SWT: Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang,

Ibnu Jarir berkata: Yang benar adalah dengan menyatakan "Allah bersumpah dengan matahari dan siangnya," kerana sinaran matahari yang paling jelas adalah pada waktu siang. Ibnu Jauzi pula mengemukakan tiga pendapat berkenaan dengan maksud dhuha.

nCahayanya. Inilah pendapat Mujahid.

nSiang hari keseluruhannya. Inilah pendapat Qatadah dan Ibn Qutaibah.

nKepanasannya. Inilah pendapat al-Suddi.

Firman Allah SWT: Dan bulan apabila ia mengiringinya.

Qatadah berkata: Iaitu jika mengikutinya pada malam bulan purnama, jika matahari tenggelam maka rembulan akan muncul.

Ibn Zaid menyatakan: Bulan purnama berlaku pada pertengahan pertama setiap bulan. Kemudian matahari mengikutnya, di mana bulan mendahuluinya pada pertengahan terakhir setiap bulan.

Firman Allah SWT: Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata.

Al-Maraghi berkata: Allah SWT bersumpah dengan siang yang menampakkan matahari dengan jelas dan bersinar penuh. Manakala siang semakin terang, semakin sempurna sinar matahari, walaupun siang itu sendiri berasal daripada matahari. Tuhan bersumpah dengan benda-benda tersebut sebagai petunjuk betapa pentingnya masalah cahaya dan besarnya kenikmatan yang terdapat di dalamnya. Di samping untuk menarik perhatian kita bahawa benda-benda tersebut termasuk bukti kekuasaan dan kenikmatan Allah yang besar.

Firman Allah SWT Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap-gelita).

Al-Maraghi berkata: Ayat ini mengandungi petunjuk bahawa malam menutup planet yang besar (matahari), lalu memudarkan cahayanya dan mengubah alam yang cerah menjadi gelap walaupun manfaat matahari itu begitu besar tetapi tetap tidak layak dijadikan Tuhan. Ini kerana, Tuhan yang sebenarnya tidak berubah, musnah atau ditimpa oleh sesuatu perubahan.

Firman Allah SWT: Demi langit dan yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaan-Nya).

Al-Maraghi berkata: Langit disebutkan dengan perkataan bangunan untuk menyatakan adanya unsur-unsur yang menunjang dan menyempurnakannya menuju sesuatu ketetapan yang tinggi dan kekuasaan Allah SWT yang sempurna, bahawa langit itu pasti ada pencipta-Nya yang bijaksana yang meneguhkan letak bangunan ini dan mengaturnya serba rapi.

Dia telah mengikat bintang-bintang di langit dengan daya kekuatan saling tarik menarik, seperti suatu bangunan sehingga jadilah bangunan yang teguh.

Firman Allah SWT: Serta bumi dan yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhluk-Nya).

Al-Maraghi berkata: Allah SWT bersumpah dengan bumi yang terhampar untuk dijadikan tempat tinggal dan menjadikan manusia dapat mengambil manfaat daripada permukaannya seperti tumbuhan, serta haiwan-haiwan. Begitu juga dapat mengambil manfaat daripada perut bumi seperti segala jenis galian dan mineral.

Kaligrafi Islam.

KALIGRAFI pada asalnya adalah perkataan yang merujuk kepada tulisan tangan yang cantik yang dihasilkan oleh penulis khat. Perkataan kaligrafi berasal dari gabungan dua perkataan Greek iaitu kallos yang bermaksud cantik dan graph yang bermaksud tulisan.

Pada waktu dahulu tulisan merujuk kepada tulisan yang ditulis dengan tangan tetapi selepas teknik cetakan diperkenalkan sekitar abad ke 15 dan berkembang dalam pelbagai teknik cetakan terkini, kaligrafi juga turut dihasilkan dengan perisian komputer.

Kaligrafi yang merupakan salah satu cabang dalam bidang seni visual tidak terikat kepada satu budaya dan bangsa sahaja. Pengetahuan dan kemahiran menulis amat dipandang tinggi di dalam sejarah, apatah lagi kebolehan menghasilkan kaligrafi.

Karya kaligrafi dijadikan satu warisan seni yang amat berharga bukan hanya kerana tulisan malah dari segi pemilihan perkataan dan komposisi yang digunakan. Ini melambangkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh penulis yang menghasilkan karya.

Dalam Islam, sejarah perkembangan tulisan kaligrafi adalah selari dengan perkembangan penyebaran Islam keluar dari Madinah. Sebagai contoh, tulisan kaligrafi pertama yang dihasilkan berasal dari Kufah iaitu sebuah bandar yang terletak di Iraq.

Tulisan ini diberi nama sempena dengan bandar Kufah iaitu kaligrafi kufik. Tulisan kufik mempunyai bentuk tulisan yang statik dan bersudut. Tulisan kufik yang asal tidak mempunyai titik huruf dan tidak bersambung dan sesetengah huruf.

Gaya kaligrafi kufik ini oleh dilihat di atas helaian al-Quran awal yang dihasilkan dalam abad ke 8 atau 9 Masihi.

Gaya ini kemudiannya diperkemaskan lagi dengan pengenalan titik huruf dan seterusnya mempunyai gaya hybrid daripada yang asal dikenali sebagai kufik berbunga kerana di bahagian hujung huruf yang akhir mempunyai corak bunga atau sulur daun.

Gaya tulisan ini banyak digunakan untuk tulisan pada seni bina Islam. Satu lagi jenis tulisan kufik yang telah mula popular semula pada hari ini ialah kufik segi empat.

Kesemua perkataan yang ditulis menggunakan gaya ini akan ditulis dalam urutan tetapi diolah dalam bentuk segi empat.

Iran adalah salah sebuah lagi wilayah Islam yang amat banyak menyumbang kepada gaya penulisan kaligrafi Islam yang kekal sehingga ke hari ini. Antaranya ialah gaya kaligrafi nasta'liq dan ta'liq.

Ta'liq bermaksud tulisan ringkas atas pada hari ini ia lebih dikenali sebagai trengkas. Nasta'liq pula ialah gaya tulisan yang dihasilkan daripada gabungan tulisan naskh (tulisan yang selalunya digunakan bagi penulisan al-Quran) dan tulisan ringkas ta'liq.

Jenis penulisan kaligrafi ini boleh dilihat di atas sijil perkahwinan atau kontrak perkahwinan yang digunakan di Iran. Gaya kaligrafi ini juga turut digunakan dengan meluas dalam penghasilan manuskrip di India sewaktu pemerintahan Empayar Islam Mughal dan di Asia Tengah sewaktu pemerintahan Empayar Islam Timur.

Turki turut menyumbang penambahan bilangan gaya penulisan kaligrafi Islam.

Kaligrafi yang paling indah yang dihasilkan di Turki sewaktu di bawah pemerintahan Empayar Islam Uthmaniah adalah tulisan diwani. Tulisan ini juga dikenali sebagai tulisan istana kerana hampir kesemua dokumen rasmi istana menggunakan gaya penulisan ini seperti surat dan dekri diraja terutamanya sewaktu zaman pemerintahan Sultan Sulaiman I yang memerintah Empayar Uthmaniah dari tahun 1522 - 1566 Masihi bersamaan tahun 928 - 973 Hijrah.

Satu lagi gaya kaligrafi yang dihasilkan sewaktu zaman Uthmaniah adalah tughra. Tughra adalah gaya kaligrafi yang digunakan khusus untuk tandatangan sultan yang memerintah Empayar Uthmaniah. Tughra sering diletakkan sebagai kepala surat atau dokumen rasmi Empayar Uthmaniah.

Wednesday, January 5, 2011

Dakwah Nabi Isa kepada kaumnya..

NABI Isa adalah anak kepada Maryam. Maryam melahirkan Nabi Isa tanpa suami. Ia adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah. Malangnya kelahiran Isa yang sungguh ajaib dan luar biasa itu menyebabkan kaum Bani Israel menganggapnya sebagai anak Tuhan.

Ketika berusia 30 tahun, Nabi Isa telah menerima wahyu daripada Allah SWT. Baginda dilantik sebagai rasul untuk berdakwah kepada kaumnya. Baginda juga diberikan kitab suci iaitu Injil oleh Allah. Bani Israel pada waktu itu telah menyimpang jauh daripada kebenaran.

Selepas kewafatan Nabi Musa, Bani Israel cuba menyeleweng daripada apa yang terkandung dalam kitab Taurat. Antara penyelewengan yang dilakukan oleh mereka adalah menghalalkan apa yang telah diharamkan, menokok-tambah hukum-hukum yang telah ditetapkan dan menukarkan hari Sabtu sebagai hari untuk berseronok.

Padahal Allah telah menetapkan kepada mereka hari tersebut sebagai hari untuk beribadat. Selain itu, golongan kaya Bani Israel tidak mahu mengeluarkan zakat dan memberi sedekah untuk fakir-fakir miskin. Kegiatan murtad juga semakin berleluasa.

Dalam pada itu, golongan munafik juga bertambah. Mereka berlagak menjadi orang yang soleh dan baik, padahal dalam diam-diam mereka melakukan kemungkaran dan maksiat.

Oleh sebab itu, Nabi Isa diutuskan untuk berdakwah kepada mereka supaya kembali kepada ajaran Nabi Musa.

Apabila mendengar tentang dakwah Nabi Isa, golongan munafik itu menjadi marah. Mereka bimbang rahsia mereka yang berpurapura baik akan terbongkar. Lalu mereka telah mengadakan mesyuarat untuk menentang Nabi Isa.

Mereka menghasut rakyat dengan menuduh Nabi Isa sebagai pendusta. Kemudian mereka berkumpul beramai-ramai dan meminta bukti kenabian daripada Nabi Isa. Lalu Nabi Isa menunjukkan mukjizatnya kepada mereka iaitu mencelikkan orang buta dan mencipta burung daripada tanah liat. Bagaimanapun, mereka menuduh Nabi Isa sebagai tukang sihir pula.

Kemudian, Nabi Isa pergi berdakwah ke Baitul Maqdis pula. Hari itu adalah hari berkumpulnya pendeta-pendeta Bani Israel.

Dalam dakwahnya itu, baginda telah berjaya membuka hati mereka agar menerima ajarannya. Setelah itu, para pengikutnya semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Friday, December 31, 2010









love is found free,but it is priceless,so much that should be given sincerely..special dedication to beloved '' abah and umi''..And to all fathers n mothers around the world...

Wednesday, December 29, 2010


Cinta mengandungi maksud: kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan. Tiga perkara ni sebnrnya sukar utk dibuktikan sblm berkahwin. Slps berkahwin baru dpt dibuktikan.. Skrg ni bnyk hubungan yg dipanggil CINTA hanya putus di tengah jalan..('',)

Cinta

Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka.

Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari.

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.

Al-Sindi r.h berkata: "Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. " (Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah).

Sunday, December 19, 2010

Nazar mempunyai dua macam iaitu;

Nazar mutlak

Mewajibkan diri dengan sesuatu ketaatan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas apa yang diperolehi dan yang telah berlaku, sama ada berbentuk nikmat atau terhindar dari bala. Contoh bernazar setelah Allah melepaskannya dari kesengsaraan dan kesedihan atau Allah mengurniakannya dengan rezeki.

Nazar ini lafazkan setelah memperoleh nikmat atau terhindar dari sesuatu bala'. Nazar begini hukumnya adalah diharuskan. Manakala menurut Maliki disunatkan.


Nazar mu'allaq

Iaitu bernazar untuk mentaati Allah swt sekiranya dia dikurniakan sesuatu yang dihajatinya atau dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang (belum berlaku). Juga bermaksud jika impiannya terlaksana. Nazar yang bersyarat begini hukumnya adalah makruh menurut kebanyakan ulama Syafi'i, Hanbali dan Maliki.

Ini kerana perbuatan taat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau tidaknya apa yang dimahukan. Ternyata di sini bahawa amalannya itu bukanlah untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan niat sebagai barang ganti.

Seolah-olah, Jika Allah laksanakan kemahuan aku, aku akan mendekatkan diri kepada-Nya, jika tidak, maka aku tidak lakukan. Ia disebut sebagai orang yang bakhil dan berkira-kira dengan Allah SWT.

Sebenarnya bagi saya kebanyakan apa yang kita nazarkan dalam mencapai sesuatu hajat perlu berhati-hati supaya tidak mengundang kemurkaan Allah SWT. Ini kerana ada di antara kita yang suka bernazar kemudian memungkiri nazarnya selepas mendapat apa yang dia mahu. Dengan demikian kita telah menanggung hutang dengan Allah SWT.

Peliknya manusia ini masa minta dan mohon kepada Allah SWT memang bersungguh-sungguh, tapi apabila sudah dapat, mereka buat-buat terlupa. Saya sedari hal ini apabila ada yang bertanya bahawa dia pernah bernazar pada tahun 1990. Nazarnya telah diperkenankan oleh Allah SWT pada tahun 1991 tapi sampai sekarang belum menunaikan nazarnya.

Sebab itulah saya fikir bahawa walaupun bernazar ini suatu yang harus dalam Islam tetapi ia seolah-olah mensyaratkan perlakuan kebajikan itu dengan sesuatu pemberian daripada Allah SWT. Sedang Allah SWT sangat luas pemberiannya yang kalau manusia hitung pasti tidak dapat membalasnya.

Oleh itu seperkara kena ingat di sini, jika nazar yang diucapkan disertakan dengan iktikad bahawa nazar yang dibuat ini memestikan hasratnya tercapai, atau beriktikad bahawa Allah SWT memperkenankan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka iktikad seperti ini adalah satu niat yang buruk, keji dan rosak. Ia hampir kepada kufur. Ia termasuk di dalam dosa besar.

Friday, December 17, 2010


sunnah Rasulallah s.a.w tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”...

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum''dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”...

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.Jawab salam yang betul ialah ;“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”...

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata“Kirim salam, assalamualaikum pada muhd ye” contoh…Dan bukannya : “Kirim salam kat muhd ye”...

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

sama-sama lah kita memberitahu sahabat-sahabt yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Maka, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”

Gunakan perkataan“AS Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..


Sekian, semoga ada manfaatnya bersama.

Sunday, December 12, 2010

Friday, December 10, 2010

Top 10 tips of productive Muslim

1) Make most the early hours.
2) Pray istikharah before any decision.
3) Plan your day before your day start.
4) Develop a habit of reading.
5) Give time to allah and allah will give you time
6) Help others and allah will help you.
7) Idea are gift from allah, write them down, and act upon them.
8) Productive muslim don't quit.
9) You're never too young or too old for any good deed.
10) Have sincere intention and work hard.

Wednesday, December 8, 2010


Setiap manusia tidak lari dari dosa dan noda.. Jangan lupa bermohon sungguh-sungguh pada Allah,minta rahmat Allah..Rahmat Allah luas,dengan syarat tidak melakukan dosa itu kembali..Bukan senang melawan hawa nafsu ni ..Cubalah untuk bersabar dan cuba melawannya dengan hati yang ikhlas kepada Allah..Mohonlah doa dari syeikh agar dapat membimbing kita cepat kepada Allah, bergantung pada diri sendiri untuk berubah..Semuanya bergantung atas kehendak dan kesedaran diri kita sendiri untuk berubah,wslm...

kepada
sesiapa yang ingin membeli CD terjemahan bahasa melayu hadith-hadith
Nabawi dari kutub tis'ah iaitu (SohihBukhari, Sohih Muslim, Sunan Abu
Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa'i,Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Muwatho' Malik dan Sunan Darimi) di talian +20116174979(muhammad b.taib) ,nur_mhmmad47@yahoo.com dgn harga ...L.E170 sahaja,jgn lepaskan peluang selagi stok masih ada,syukran
..http://kutub-tis3ah.blogspot.com/

Tuesday, December 7, 2010

MAKSUD BULAN BULAN ISLAM

muharam ertinya yang "diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana dalam bulan ini dilarang dari menumpahkan darah.
Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya..


Safar ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga,mengembara dan sebagainya.

Rabiulawal ertinya 'penetapan pertama'.

Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.

Rabiulakhir ertinya 'penetapan terakhir'.

Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.

Jamadilawal
ertinya 'kering' atau 'beku'.

Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumur, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.

Jamadilakhir
ertinya 'peng-habisan' atau 'kering yang penghabisan' .

Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.

Rejab
ertinya 'mulia' Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan inidengan 4 cara iaitu,

a) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan.
b) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang danmalam supaya dapat beribadat sepuas-puasnya.
c) Tanggal 10 Rejab mereka akan kembali menyembelih korban tetapitidak lagi anak unta Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
d) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan inijuga telah dibatalkan.

Syaaban ertinya 'berserak-serak' . Dalam bulan ini orang Arab zaman dahuku akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sbgnya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan.

Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.

Ramadhan ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'.

Cuaca dalam bulan ini diJazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur.
Sabda Rasulullah, "bulan inijuga dapat membakar dosa-dosa lalu".

Syawal
ertinya'naik'.

Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan initidaklah berlaku sedemikian.

Zulkaedah erti 'yang empunya duduk'.

Dalam bulan ini semua orang lelakia kan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir ataumengembara.

Zulhijjah
ertinya 'yang empunya haji'.

Dalam bulan ini semua umatmanusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermuka dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.

Friday, October 15, 2010

Masalah: Lewat mengqadha’ puasa dan fidyah

Dasar fidyah ialah firman Allah Taala:“..Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dsbnya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin..”
(al-Baqarah:184)

*Hukum fidyah:Hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah taala di atas.

*Jumlah fidyah yang wajib dibayarJumhur ulamak mengatakan bahawa fidyah adalah sebanyak satu cupak makanan asasi di negeri tempatnya tinggal, untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan.

*Sebab-sebab Fidyah:
1. Para ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang tidak berdaya mengerjakan puasa, adalah wajib membayar fidyah. Seperti orang tua yang lemah dan sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa. Selain dari ayat al-Quran di atas, Ibnu Abbas ada menjelaskan bahawa perkara ini adalah satu rukhsah (keringanan) dari ALLah Taala.

2. Para ulamak juga bersepakat mengatakan bahawa orang yang menderita sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh juga diwajibkan membayar fidyah. Dia tidak lagi diwajibkan berpuasa. Dasarnya ialah firman Allah Taala:“..Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama..”
(Al-Hajj: 78)

3. Bagi perempuan yang hamil atau menyusukan anak yang bimbangkan keselamatan anaknya, dia dibenarkan berbuka. Juga diwajibkan mengqadha’ puasanya itu. Dan.. Menurut jumhur ulamak, dia juga diwajibkan membayar fidyah untuk setiap puasa yang ditinggalkannya. Ulamak Hanafi berpendapat sebaliknya, di mana perempuan di atas tidak perlu fidyah.
Masalah: Jika khuatirkan keselamatan diri sendiri.Dalam masalah ini, hanya wajib qadha’ sahaja, tidak fidyah. Inilah pendapat semua ulamak. Dalilnya ialah ayat al-Quran di atas.


4. Mereka yang lewat mengqadha’kan puasa Ramadhan, sehingga datang Ramadhan berikutnya juga diwajibkan fidyah. Ini adalah pendapat Jumhur ulamak. Sedangkan Hanafi, tidak berpendapat begitu. Mereka berpendapat tidak perlu fidyah.
Dan jika kelewatan qadha' puasa itu kerana uzur, tidak wajib fidyah.

Masalah: Apakah fidyah bertambah dengan pertambahan tahun?Menurut pendapat Ashah (terkuat) Syafi’i, ya bertambah dengan pertambahan tahun.
Alasan mereka ialah, kewajipan yang berbentuk harta tidak boleh disekalikan (jamak/himpunkan sekaligus).

Maliki dan Hanbali berpendapat tidak berganda dengan pertambahan tahun.Mereka menyamakannya dengan hukuman hudud yang dikenakan sekaligus.
————-Masalah: Kelewatan qadha’ puasa hingga datang Ramadhan berikutnya – Fatwa al-QardhawiDr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa sebahagian imam berpendapat dalam kes ini diwajibkanmengqadha’ puasa berkenaan dan membayar fidyah satu mud untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan. Satu mud bersamaan dengan setengah kilogram lebih sedikit.
Katanya, inilah mazhab Syafi’i dan Hanbali yang berdasarkan kepada amalan sejumlah sahabat.Manakala sebahagian para imam yang lain tidak mewajibkan fidyah. Namun qadha' tetap wajib dilaksanakan.

Masalah: Pendapat yang perlu diikut Al-Qardhawi mengatakan bahawa memberi fidyah adalah satu amalan yang baik,tetapi jika tidak membayarnya insyaallah tidak ada dosa atasnya.Ini adalah kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih mengenainya dari Nabi s.a.w.
Saya berpendapat, kita di Malaysia ini, tidak ada salahnya kita beramal dengan mazhab Syafi’i,iaitu membayar fidyah atas kelewatan qadha’ puasa.

Masalah: Ragu-ragu tentang jumlah puasa yang ditinggalkan.Hendaklah mengikut dugaannya yang lebih kuat dan yang lebih diyakininya.Namun, untuk menenangkan hatinya dan agar seseorang itu selamat dalam agamanyaserta bebas dari tanggungan, maka hendaklah dia menentukan jumlah yang lebih banyak.Kerana ini akan mendapat tambahan pahala dan ganjaran..

Maka, secara ringkasnya :
1.Qadha sahaja atau disertakan fidyah.Pendapat yg kuat ialah tidak perlu fidyah, memadai qadha sahaja. (Qardhawi, fatawa mu’asirat; dan Dr Syurbasyi, Yas-aluunak)
2.Fiqh Syafi’iy menetapkan:Wajib qadha sahaja jika ada alasan kukuh kenapa ia tidak dapat dilakukan sebelum kedatangan Ramadhan yg baru.Ia dikenakan penalti fidyah (bg setiap hari yg ditinggalkan) sebagai denda tambahan qadha’ jika ia sengaja melengah-lengahkan qadha tanpa sebarang alasan syar’ie.

*Fiqh Tarjeeh atau tahqeeq (penilaian semula), misalnya Dr Qardhawi, (Fatawa Mu’asirat), penalti fidyah itu tiada dalil syara’ bahkan lebih kpd hanya ijtihad fuqaha’ sahaja dan memadai dgn qadha’ sahaja. Terpulanglah untuk kekal berpegang dgn fiqh Syafi’iy atau berpindah kepada fiqh tarjeeh. WaLlahu a’alam..

Rujukan:Mughnil Muhtaj, vol. 1, al-Khatib al-SyarbiniBujairimi Alal Khatib, vol. 2, al-BujairimiI’anah al-Thalibin, vol 2, al-SyathaFatawa Muashirah, vol 1, al-QardhawiBidayatul Mujtahid, vol. 1, Ibnu Rusyd

Monday, July 13, 2009

pengajaran Israk dan Mikraj

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.


PENGAJARAN TENTANG SOLAT

Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.

Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.

Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.

Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.

Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.

Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.

Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).

Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.

Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.

Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.

Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.

Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.

solat Dhuha roh rezeki

REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan

di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.

Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.

Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.

Friday, June 12, 2009

Lanskap tradisional


Taman kebun dapur



Kerja menghias laman luas perlu kepakaran



Landskap kejur sesuai ruang terhad