Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...
Jangan kerana cinta kita gugur. Jangan kerana cinta, prinsip akan menjadi larut cair. cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan Bahkan ditaqdir Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurgawi ilahi – tempat pertama melahirkan cinta Kesetiaanlah yang mengikat cinta. kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus di kekalkan.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... =)
No comments:
Post a Comment