Thursday, August 2, 2007

Perjuangan Diri

Perjuangan ini masih terlalu jauh untuk kau jejaki
Padanya terlalu banyak perlu kau ketahui
Perjuangan ini bukan sekadar untuk diri sendiri
Malah menjadi harapan semua orang di sekelilingmu

Jangan sesekali kau kesali
Jangan pula meminta untuk dibalasi
Namun perjuangan ini perlu diteruskan
Dengan bantuan Pencipta yang Tiada Batasnya

Kau perlu percaya pada kata-kataNya
Jadi! maka terus terjadilah

Harapan tidak pernah putus
Kerana tali yang kau ikat
Begitu kuat untuk dileraikan
Dengan apa?
Dengan pergantungan tawakal mu padaNya

Perjuangan ini tidak dapat kau gambarkan
Padanya segala jiwa raga korbankan
Mengapa kau begitu sedih dengan jalan-jalan yang kau tempuhi ini
Kan diri sudah mengerti
Mengerti inilah jalan yang manusia kini takut untuk menempuhinya

Mengapa pula kau harus bimbang
Kau kan dapat bahagianmu di sana bukan di sini
Bukankah itu bekalan yang yang kau cari??

Kini kau perlu ikhlaskan diri
Kuatkan azam di hati
Dekatkan

No comments: