Saturday, August 11, 2007

Kenangan Indah bersama Natijjah....



Cuaca petang ini begitu tenang dengan keadaan suasana yang tenteram di bilik aku,entah kenapa...?.Kemana pergi sahabatku yang lain...Tiba-tiba aku di dengarkan bunyi pesanan ringkas dari seorang sahabatku, aku terus dapatkan hanset aku,lalu terus baca ape yang kawan aku hantar,siapa yer?....oOoOo lukman ?yangmana sahabatku ini, tengah sambut ust beliau yang baru pulang dari bumi Jordan.Tiba-tiba Aku menjadi terkejut,cuak,terpinga-pinga dan macam-macam lagi melanda hati aku ini.Betul ke?Natijah dah keluar ni?...lalu datang 2org sahabatku aku kedalam bilik aku,lalu aku terus bagitahu natijah Kuliah Syariah tahun1 dah keluar harini,semalam tak silap aku baru ajer berbual pasal esok natijah tahun2 akan keluar.Sahabat aku nie tersenyum gembira...tak tahulah gembira atau sedih?orang tengah risau, dia boleh suka pulak...?lalu dia teruskan kerjanya yang belum selesai lagi iaitu solat zohor.Habis sahaja solat zohor,dia ajak aku pergi.Aku tengah gundam-gulana,pening dan bermacam-macam lagi...nak pergi atau tidak?sahabatku terus ajak dengan perasaan semangat ,aku apatah lagi nak ke,tak nak kena tekad diri untuk ke universiti Al-Azhar,pada petang itu dalam pukul 2petang,dengan membekalkan seorang sebotol air,pen dan dairi. Aku dan sahabatku pergi dalam keadaan suasana pada petang itu agak panas jugak,kena tekad jugak....Aku naik bas 80 palang sepanjang perjalanan dalam hati, aku terus berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak mungkin dan berdoa kepada ALLAH agar mempermudahkan urusan aku dan sahabatku yang lain najjah dalam imtihan,Amin...perasaan dalam hati terus mengelodak.Cuaknyer...?masing-masing bawak muka sendiri sampai tak ade rasa nak senyum,gembira...dah nak sampai Universiti ni,cmner...?bila sampai jer melepasi pintu pagar besar dah ramai jugak kat dalam yang sudah tiba awal dari kami berdua,semangat diorang tak gentar pun..hehe..macam tahu jer aku ni.Aku terus dapatkan natijjah dengan penuh semangat,aku jeling-jeling kat papan kenyataan kaca tengok nombor dan nama aku.Bismillah....Alhamdulillah,betul ker nie?pandangan aku terus tak ketempat papan kaca itu. Cam tak cayer..syukur padamu Yarabbi.lalu aku terus dapatkan sahabatku itu.tanyer kat dia cmner?segan-segan jugak dia nak bagitahu kat aku?dia cakap jgn bagitahu sape2 ok?aku kata baiklah masing-masing nafsi-nafsi segan katakan.Dia dapat BAIK dan aku lulus bawa 2 madah alakullihal,Syukur banyak-banyak pada ALLAH s.w.t rezeki aku tahun ni...sebelum balik aku sempat-sempat tengokkan natijjah sahabat ku yang lain,serba salah jugak nak tengok dan salinkan yang mane lulus dan yang bawa lagi.Takut dah sampai hostel nanti diorang tanye aku bagaimana natijjah diorang nak jawab ape?kena tolong juga...aku pun ambilkan bila aku hisab semua separuh sahabatku naik tahun dan najjah dan separuh lagi kurang bernasib baik.Tapi baik juga taklah banyak sangat di antaranya madah yang sangkut.Kesian serta simpati juga aku terhadap sahabatku yang kurang bernasib baik.Aku nak buat cammane?aku tak sampai hatilah...aku tak boleh tengoklah...sampai sahaja di hostel sahabat-sahabat lain sibuk bertanyer...aku jawab Syukur alhamdulillah.Petang hari itu juga aku terus beli E-voiz untuk telefon keluarga tersayang aku di Malaysia,siapalagi mak dan ayah aku ceritakan dengan penuh gembira sekali,walaupun di sebelah ada sahabat-sahabat lain,biarkan lah hal aku.. suka akulah hehe,lah diorang pun rupanya tengah chat dan telefon keluarga dia,mereka semua gembira Alhamdulillah berkat doa dari ayah serta ibu dan kawan-kawan.Sepanjang telefon aku terharu dan sedih,terpaksa tahan...kata lelaki?mesti berjiwa kental.Segan tak segan cakap juga setelah selesai solat Asar aku ade meeting pulak kena hadir...selepas meeting aku dapat banyak panggilan dan maseg yang di terima dari kawan dari Malaysia.Macam-macam tanye,betul tak kate aku?jika aku tak ambilkan natijjah diorang nanti tetanya pulak,risau di buatnye..hehe.Ok lah sampai di sini sahaja, yang aku leh kongsi bersama bagi sahabatku yang ku sayangi ...buat sahabat ku yang lain jangan lah ber sedih diatas ape yang berlaku,tabahkan hatimu...korang ada masa lagi,jadikan ianya sebagai semangat untuk maju kehadapan lagi dan untuk yang terbaik lagi.Gagal itu tak bermakna gagal untuk selamanya.Allah akan sentiasa di sisi orang yang kuat semangat dan banyakkan bersabar dalam dirinya wassalam .

No comments: