Thursday, August 23, 2007

19 Hadis mengenai seorang wanita

> 1. Doa perempuan lebih makbul daripada
> lelaki kerana sifat penyayangnya yang
> lebih kuat daripada lelaki. Ketika
> ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan
> hal tersebut, jawab Baginda
> s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada
> bapa dan doa orang yang penyayang
> tidak akan sia-sia".
>
> 2. Apabila seseorang perempuan
> mengandung janin dalam rahimnya, maka
> beristighfarlah para malaikat
> untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan
> baginya setiap hari dengan 1,000
> kebajikan dan menghapuskan darinya
> 1,000 kejahatan
>
> 3. Apabila seseorang perempuan mulai
> sakit hendak bersalin, maka Allah
> s.w.t. mencatatkan baginya pahala
> orang yang berjihad pada jalan Allah
> s.w.t.
>
> 4. Apabila seseorang perempuan
> melahirkan anak, keluarlah dia dari
> dosa-dosa seperti keadaan ibunya
> melahirkannya.
>
> 5. Apabila telah lahir anak lalu
> disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
> tegukan daripada susunya diberi satu
> kebajikan.
>
> 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur
> dan memelihara anaknya yang sakit,
> maka Allah s.w.t. memberinya pahala
> seperti memerdekakan 70 hamba dengan
> ikhlas untuk membela agama Allah
> s.w.t.
>
> 7. Barangsiapa yang menggembirakan
> anak perempuannya, darjatnya seumpama
> orang yang sentiasa menangis kerana
> takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
> takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan
> api neraka ke atas tubuhnya.
>
> 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
> makanan dari pasar ke rumah lalu
> diberikan kepada keluarganya, maka
> pahalanya seperti bersedekah).
> Hendaklah mendahulukan anak perempuan
> daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
> yang menyukakan anak perempuan seolah-
> olah dia memerdekakan anak Nabi
> Ismail.
>
> 9. Tiap perempuan yang menolong
> suaminya dalam urusan agama, maka
> Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam
> syurga lebih dahulu daripada suaminya
> (10,000 tahun).
>
> 10. Perempuan apabila sembahyang lima
> waktu, puasa bulan Ramadhan,
> memelihara kehormatannya serta taat
> akan suaminya, masuklah dia dari pintu
> syurga mana sahaja yang dikehendaki.
>
> 11. Wanita yang solehah (baik) itu
> lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
> soleh.
>
> 12. Aisyah berkata, "Aku bertanya
> kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang
> lebih besar haknya terhadap wanita?
> Jawab Rasulullah
> s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak
> terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
> s.a.w, "Ibunya".
>
> 13. Apabila memanggil akan engkau dua
> orang ibubapamu, maka jawablah
> panggilan ibumu dahulu.
>
> 14. Wanita yang taat akan suaminya,
> semua ikan-ikan di laut, burung di
> udara, malaikat di langit, matahari
> dan bulan semua beristighfar baginya
> selama mana dia taat kepada suaminya
> serta menjaga sembahyang dan puasanya.
>
> 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
> suaminya akan tertutup pintu-pintu
> neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
> Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
> kehendaki dengan tidak dihisab.
>
> 16. Syurga itu di bawah tapak kaki
> ibu.
>
> 17. Wanita yang tinggal bersama anak-
> anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi
> s.a.w) di dalam syurga.
>
> 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
> perempuan atau tiga saudara perempuan
> atau dua anak perempuan atau dua
> saudara perempuan lalu dia bersikap
> ihsan dalam pergaulan dengan mereka
> dan mendidik mereka dengan penuh rasa
> takwa serta bertanggungjawab, maka
> baginya syurga.
>
> 19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa
> yang diuji dengan sesuatu daripada
> anak-anak perempuan lalu dia berbuat
> baik kepada mereka, maka mereka akan
> menjadi penghalang baginya daripada
> api neraka."

No comments: