Thursday, May 29, 2008

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:- Jauh daripada segala penyakit Lahir kesan takwa pada wajahnya Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan) Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati) Sementara empat perkara di akhirat ialah:- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri Dipermudahkan hisab Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."

Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia. Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab. Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri? Jawab Umar: Ya, pernah.ubai bertanya lagi:apakah yang kamu lakukan ketika itu? umar berkata:aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh ubai berkata:itulah takwa....

"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air, tapi lembah yang rendah bleh menakung air. Ia memberi erti orang yang meninggi diri tidak boleh mengambil hati orang. Sebaliknya orang merendah diri dapat memikat hati orang." "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta dapat mendorong untuk beribadah kepada Allah SWT. Ilmu yang tidak bermanfaat ialah ilmu yang membuatkan seseorang merasa sombong dan hebat serta tidak mendorong untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT."


Nabi s.a.w amat menekan sifat kasih sayang kepada umatnya: ارحم من في الأرض يرحمك من في السماء Maksudnya: “Kasihanilah mahkluk di bumi nescaya mahkluk di langit akan menyayangimu.” (Hr Tabrani)


"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia." madah ASZ



No comments: